Saturday, September 22, 2001

Hari 5

                Dah lali rasanya telinga saya ni dengar ‘jiran’ kat sebelah tu menjerit-jerit, betul lah kata abi sebelum kami masuk asrama hari tu. Bayangkan setiap kali waktu makan mesti mereka ni nak menjerit-jerit, sama ada lapar sangat atau mereka saja buat-buat bising saya pun tak tahulah.  Waktu sekarang ni pulak sunyi je kat asrama, ramai yang keluar outing tapi saya tak ikut. Disebabkan baju batik masih belum siap lagi jadi pelajar-pelajar yang nak keluar mesti pakai baju sekolah. Kelakarlah, tapi itu dah peraturannya, supaya keselamatan pelajar semasa di luar lebih terjaga. Baru teringat, pagi ni pertama kali saya mandi kat aras bawah tau sebab tandas aras satu semua dah penuh. Walaupun tandas bawah kecil sedikit tapi tak ramai orang yang pakai. Pagi tadi cuma abang Romi je yang guna tandas tu. Sempat jugak la berkenalan tadi. Abang Romi ni kalau awak nak tau, penyelia kat asrama ni. Kat sekolah pulak dia bertugas sebagai kerani kat pejabat. Masa saya masuk dalam tandas tu abang Romi tengah mandi, jadi dia tak tahu ada orang masuk. Bila saya bukak je shower tu, tiba-tiba dia bersuara. “Siapa tu?”. Saya diam je, walaupun lepas 3 kali dia ulang. Saya tetap senyap, sebab abang senior dah pesan. Selagi tak nampak muka seseorang tu jangan tegur atau jawab apa-apa. Jadi saya terus mandi. Keluar je dari bilik mandi, abang Romi masih ada kat depan sinki tengah gosok gigi. “La kamu ke, kenapa tak jawab masa abang tanya tadi?”, saya pun cerita la apa yang senior ajar saya. Dia senyum je, “Kamu tahu tak berdebar jantung abang tadi bila tiba-tiba dengar bunyi air, lepas tu bila abang tanya tak jawab pulak”. “Oh abang takut jugak ye?”, saya tanya dia balik. Dia senyum je, lepas tu kami berborak sekejap sebelum siap untuk ke surau. Maklumlah asrama baru kan, masing-masing ambil langkah keselamatan, termasuklah saya. Kelakarlah adegan pagi tadi. Kalau tak silap kejadian tu berlaku lebih kurang pukul 5.15 pagi. Agak-agak macam mana lah kalau awak yang ada kat tempat saya kan, sebab awak lagi penakut dari saya. He3 gurau je, :)

11.07 am (dalam library)
22 September 2001

0 comments:

 
;