Nasib baik tak banyak kerja sekolah hari ni, lukisan seni saya dah siapkan masa kat kelas tadi. Kerja rumah geo dengan sejarah pun dah siap. Memang beruntung saya dapat duduk kat asrama ni tau, waktu prep kat sini betul-betul terjaga, jadi dapat la jugak saya gunakan masa untuk belajar dan bermain. Kalau kat rumah mesti asyik duduk depan tv je, petang nak pergi sekolah nanti barulah kelam-kabut nak buat kerja rumah waktu pagi. Lepas tu kena gerak awal pulak dari rumah sebab jalan kaki nak ke sekolah. Ingat lagi kenangan tu, tapi sekarang semua dah berubah. Cerita pasal aktiviti hari ni, memandangkan ini jumaat pertama kat asrama. Kami pelajar lelaki diarahkan untuk membentuk tiga kumpulan, agak-agak awak kenapa kami kena buat kumpulan? Sebenarnya abi nak angkut kami gunakan jip dia ke masjid, memang berhimpit jugak dalam jip tu tapi nak buat macam mana. Abi tak bagi kami jalan kaki, sebab dia risaukan keselamatan kami lebih-lebih lagi kami yang kecil-kecil ni. Masa naik jip punya lah lawa baju masing-masing, licin siap berside lagi tapi bila turun susah nak gambarkan. Dengan peluh lenjun satu badan, baju dah renyuk, kelakar pun ada jugak. Saya nak je gelak kat khairul sebab selalunya dia yang paling jaga penampilan tapi kali ni minta maaf je la, hahaha akhirnya saya gelak jugak tapi dalam hati je sebab tak nak dia terasa hati pulak. Abi hentikan jip dia kat kawasan lapang tempat cina jual buah tu, sebab senang dia nak pusing buat trip ke-2 dan ke-3. Jadi awak tau-tau jelah kan, kami tetap kena jalan kaki jugak walaupun dah tak jauh jarak dengan masjid. Rasanya sampai sini je saya tulis dulu, sebab abang senior dah suruh kemaskan barang nak beratur pegi dewan makan. Untuk ‘saper’ malam ni, mee hoon sup rasanya. Sebab dari tadi dah menusuk hidung bau sup yang kak idah masak kat dewan makan. Ok bye, awak saya sambung esok pulak :)
10.20 pm (waktu prep)
21 September 2001
0 comments:
Post a Comment