Sunday, September 23, 2001 0 comments

Hari 6

                Awak, malam tadi kan lepas je ‘saper’ kami semua kena kumpul kat tapak perhimpunan. Sebab abi dengan Cik Siti dapat laporan yang ada orang buli pelajar asrama. Baju dengan seluar dia habis kena conteng dan kena koyak. Pelajar tu pulak dah lari balik rumah masa outing pagi semalam. Mungkin dia takut sangat agaknya. Tapi masalahnya kes tu dah menyusahkan saya, tak fasal-fasal saya pun jadi suspek sebab katil kami dekat-dekat. Saya geram betul, entah siapa punya kerja entah. Lepas soal siasat tu abi dengan Cik Siti bagi amaran kat semua pelajar, jangan berulang lagi kes macam ni. Kalau berlaku lagi semua sekali kena ambil tindakan. Jadi setiap orang kena jadi mata-mata untuk perhatikan orang lain. Lepas tu barulah kami dibenarkan untuk masuk ke dorm dan tidur. Mengantuk betul, awak nak tahu pukul berapa baru kami semua dapat naik ke dorm?. Masa saya tengok jam dinding tu dah dekat pukul 1.30 pagi dah. Pagi ni pun rasa macam tak cukup tidur lagi. mengantuknya, Zzzz

7.07 am (lepas sarapan dalam dewan makan)
23 September 2001
Saturday, September 22, 2001 0 comments

Hari 5

                Dah lali rasanya telinga saya ni dengar ‘jiran’ kat sebelah tu menjerit-jerit, betul lah kata abi sebelum kami masuk asrama hari tu. Bayangkan setiap kali waktu makan mesti mereka ni nak menjerit-jerit, sama ada lapar sangat atau mereka saja buat-buat bising saya pun tak tahulah.  Waktu sekarang ni pulak sunyi je kat asrama, ramai yang keluar outing tapi saya tak ikut. Disebabkan baju batik masih belum siap lagi jadi pelajar-pelajar yang nak keluar mesti pakai baju sekolah. Kelakarlah, tapi itu dah peraturannya, supaya keselamatan pelajar semasa di luar lebih terjaga. Baru teringat, pagi ni pertama kali saya mandi kat aras bawah tau sebab tandas aras satu semua dah penuh. Walaupun tandas bawah kecil sedikit tapi tak ramai orang yang pakai. Pagi tadi cuma abang Romi je yang guna tandas tu. Sempat jugak la berkenalan tadi. Abang Romi ni kalau awak nak tau, penyelia kat asrama ni. Kat sekolah pulak dia bertugas sebagai kerani kat pejabat. Masa saya masuk dalam tandas tu abang Romi tengah mandi, jadi dia tak tahu ada orang masuk. Bila saya bukak je shower tu, tiba-tiba dia bersuara. “Siapa tu?”. Saya diam je, walaupun lepas 3 kali dia ulang. Saya tetap senyap, sebab abang senior dah pesan. Selagi tak nampak muka seseorang tu jangan tegur atau jawab apa-apa. Jadi saya terus mandi. Keluar je dari bilik mandi, abang Romi masih ada kat depan sinki tengah gosok gigi. “La kamu ke, kenapa tak jawab masa abang tanya tadi?”, saya pun cerita la apa yang senior ajar saya. Dia senyum je, “Kamu tahu tak berdebar jantung abang tadi bila tiba-tiba dengar bunyi air, lepas tu bila abang tanya tak jawab pulak”. “Oh abang takut jugak ye?”, saya tanya dia balik. Dia senyum je, lepas tu kami berborak sekejap sebelum siap untuk ke surau. Maklumlah asrama baru kan, masing-masing ambil langkah keselamatan, termasuklah saya. Kelakarlah adegan pagi tadi. Kalau tak silap kejadian tu berlaku lebih kurang pukul 5.15 pagi. Agak-agak macam mana lah kalau awak yang ada kat tempat saya kan, sebab awak lagi penakut dari saya. He3 gurau je, :)

11.07 am (dalam library)
22 September 2001
Friday, September 21, 2001 0 comments

Hari 4

                Nasib baik tak banyak kerja sekolah hari ni, lukisan seni saya dah siapkan masa kat kelas tadi. Kerja rumah geo dengan sejarah pun dah siap. Memang beruntung saya dapat duduk kat asrama ni tau, waktu prep kat sini betul-betul terjaga, jadi dapat la jugak saya gunakan masa untuk belajar dan bermain. Kalau kat rumah mesti asyik duduk depan tv je, petang nak pergi sekolah nanti barulah kelam-kabut nak buat kerja rumah waktu pagi. Lepas tu kena gerak awal pulak dari rumah sebab jalan kaki nak ke sekolah. Ingat lagi kenangan tu, tapi sekarang semua dah berubah. Cerita pasal aktiviti hari ni, memandangkan ini jumaat pertama kat asrama. Kami pelajar lelaki diarahkan untuk membentuk tiga kumpulan, agak-agak awak kenapa kami kena buat kumpulan? Sebenarnya abi nak angkut kami gunakan jip dia ke masjid, memang berhimpit jugak dalam jip tu tapi nak buat macam mana. Abi tak bagi kami jalan kaki, sebab dia risaukan keselamatan kami lebih-lebih lagi kami yang kecil-kecil ni. Masa naik jip punya lah lawa baju masing-masing, licin siap berside lagi tapi bila turun susah nak gambarkan. Dengan peluh lenjun satu badan, baju dah renyuk, kelakar pun ada jugak. Saya nak je gelak kat khairul sebab selalunya dia yang paling jaga penampilan tapi kali ni minta maaf je la, hahaha akhirnya saya gelak jugak tapi dalam hati je sebab tak nak dia terasa hati pulak. Abi hentikan jip dia kat kawasan lapang tempat cina jual buah tu, sebab senang dia nak pusing buat trip ke-2 dan ke-3. Jadi awak tau-tau jelah kan, kami tetap kena jalan kaki jugak walaupun dah tak jauh jarak dengan masjid. Rasanya sampai sini je saya tulis dulu, sebab abang senior dah suruh kemaskan barang nak beratur pegi dewan makan.  Untuk ‘saper’ malam ni, mee hoon sup rasanya. Sebab dari tadi dah menusuk hidung bau sup yang kak idah masak kat dewan makan. Ok bye, awak saya sambung esok pulak :)

10.20 pm (waktu prep)
21 September 2001
Thursday, September 20, 2001 0 comments

Hari 3

                Wah! tak sabarnya nak tunggu malam ni. Kalau ikut jadual, asrama nak buat bacaan Yaasiin dengan solat Hajat sempena pembukaan asrama. Jadi cuba awak teka apa yang best sangat pasal acara malam ni?. Jawapan dia, ibu-bapa pun kena datang sekali. Maknanya mak dengan abah saya akan datang melawat sekali la, seronok sangat. Tadi telefon rumah sekali lagi, nak ingatkan pasal acara malam ni dan ingatkan abah untuk bawakan raket. Lepas ni bolehlah main dengan senang hati. Ha, nak cerita pasal malam tadi pulak. Semalam kami tidur satu katil 3 orang tau. Senior yang suruh, sebab ada perkara tak diingini dah berlaku malam tadi. Mula-mula tak tahu jugak nak tidur dengan siapa, tapi syawal panggil. Dia kata tempat dia boleh muat sorang lagi. Jadi saya pergilah kat situ, sebelah dia ada ikhwan. Tapi sebelum tu saya dah buat permintaan kat senior, tak nak tidur tepi. Jadi diorang yang mintakan kat syawal dengan ikhwan untuk bagi saya tidur tengah. Nasib baik diorang setuju. Best sangat, bila ada orang kiri kanan rasa lebih selamat. Sepanjang malam Ikhwan peluk saya, sejuk agaknya. Sebab abi  tak bagi kami pakai selimut kalau tidur ramai-ramai macam semalam. Ada hadis yang tegah perkara tu, jadi kami ikut je la. Nasib baik takda yang demam hari ni. Oh lupa pulak, hari ni saya baca doa kat tapak perhimpunan. Kalau awak nak tengok datanglah ya, he3.

11.20 am (baru lepas mandi)
20 September 2001
 
;